Bulzz

http://www.aboebutakatik.blogspot.com …..aboebutakatik.blogspot.com…..

Jumat, 11 Juni 2010

sampah

apa saja yang kau lihat itu ialah sampah

manakala penulisan yang mengutuk

perbuatanmu jua adalah sampah

kerna kau yang seperti tikus

hidup di dalam belukar sampah

mengorek sisa cebisan yang ditinggalkan

untuk meneruskan

kehidupan yang sejak asalnya adalah

daripada sesuatu yang suci

semakin meningkat usia

semakin pula kotoran itu melekat, lekit

maka batinnya jua terseksa.

kan telahpun digambarkan pada sekitaran

sampah kau.


kehidupanmu sendiri

mencerminkan hatimu bagaimanakah ia

maka tentu sekali lemah dan

langsung tidak digeruni musuh

kerna kau lemah kotor seperti tikus jalanan sahaja

tapi punya mampu bersuara besar kau ya?


kau seperti yang lain

menjadi retorik jalanan yang tiada identiti

kau masih bingung dan tidak sedar akan penyakit

yang menghinggap hatimu

maka kau duduk sajalah dan mungkin jua baring

maka tatkala itu tentu jua musuh telah mengalahkan kau

patutnya kau kehadapan sekarang

namun apa yang mampu kau lakukan sekarang?


jadilah kau sampah.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar

pencarian oleh bulzz

on line

blogernas.co.cc